Posted on

Jeragat Pemusnah Semangat

add

 

Jeragat Pemusnah Semangat

Jika dulu Puan Sabrina (bukan nama sebenar) sangat yakin untuk berada di khalayak ramai. Beliau mempunyai rupa paras yang menarik, berkulit cerah dan tinggi lampai. Puan Sabrina adalah seorang motivator atau coach yang melatih individu atau satu kumpulan besar kepada usahawan, jurujual atau peniaga online. Namun apabila umur semakin meningkat jeragat sudah mula menonjol di pipi dan di atas bibir beliau.

Sebagai seorang motivator atau coach, beliau terpaksa berhadapan dengan orang ramai setiap hari bekerja. Kalau dulu Puan Sabarina hanya mengenakan bedak asas dan lip gloss tetapi kini beliau tidak akan keluar rumah tanpa mekap yang tebal demi menutup kesan cemar jeragat di pipi dan di atas bibirnya. “saya rasa saya yang perlu mencari motivator untuk memberi kenyakinan kepada diri saya yang semakin menurun”, begitulah whatsapp Puan Sabarina yang menghantar pesanan bertanyakan mengenai set jeragat homeopathy atau homeopati.

Puan Sabarina telah penat mencuba, pelbagai produk yang disaran atau terbaca di internet beliau akan mencubanya. Boleh dikatakan 100% produk yang dicubanya adalah berasaskan krim, sabun dan pengelupasan. Cuma laser sahaja yang belum dicuba kerana kosnya sangat mahal. Secara tidak sengaja beliau terbaca di internet mengenai produk homeopathy yang konsepnya agak berlainan. Boleh dikatakan produk membuang atau menghapus jeragat homeopathy untuk dikemam (hisap), minum dan terdapat juga krim serta sabun tetapi berasaskan herba

Walaubagaimana pun krim dan sabun hanya pilihan sahaja. Beliau terus tertarik dan menghantar pesanan whatsapp untuk bertanya lebih lanjut.

Setiap pesanan bertanyakan produk merawat jeragat homeopathy, akan ditanya beberapa soalan ringkas untuk mengenalpasti set yang paling sesuai dengan sejarah individu tersebut. Soalan-soalan ringas seperti ;

  • Boleh tahu umur?
  • Ada mkn pil perancang tak?
  • Pernah lahirkan anak kaedah cesarean tak?
  • Pernah tercedera sewaktu bersukan, atau kemalangan tak?
  • Ada pakai skincare pengelupasan tak?
  • Ada buat laser tak?
  • Period ok tak?

Puan Sabarina memberi respon seperti berikut;

  • Boleh tahu umur? 46 tahun
  • Ada mkn pil perancang tak? Pernah ambil sejak mula berkahwin tetapi telah stop 3 tahun lepas
  • Pernah lahirkan anak kaedah cesarean tak? Pernah anak ke 3
  • Pernah tercedera sewaktu bersukan, atau kemalangan tak? Pernah terjatuh basikal sewaktu remaja dan agak serius kecederaannya
  • Ada pakai skincare pengelupasan tak? Ya ada
  • Ada buat laser tak? Tak ada
  • Period ok tak? Period ok lagi

Apa relevannya soalan-soalan ini jika dikaitkan dengan masalah jeragat?

Jeragat 

seperti yang diketahui sehingga kini punca sebenar terjadinya jeragat tidak diketahui. Pelbagai andaian di buat tetapi boleh dikatakan simptom terjadinya jeragat akan berpunca dari pelagai sumber dan seringkali berkaitan sejarah individu tersebut. Secara spesifiknya jeragat atau melanin telah “berkampung” di bawah lapisan kulit. Proses pengumpulan melanin terjadi sedikit demi sedikit dan telah bermula mungkin sejak 10-20 lepas. Melanin terkumpul akibat terdedah kepada sinaran UV yang lama dan “bermastautin” di bawah kulit sehingga sistem tubuh terutama hormon mula tidak seimbang oleh perlbagai punca. Relevannya soalan-soalan di atas ialah untuk mengetahui sejarah hidup pesakit dan bagaimana jeragat mula “bangun” dari tidurnya.

Analisa dari soalan tersebut dan set jeragat yang sesuai

  • Bagi wanita apabila melepasi umur 45 tahun, sistem reproduktif akan mula merosot dan berkemungkinan akan mengalami menopause tetapi buat masa ini Puan Sabrina masih didatangi haid.
  • Pernah mengambil pil perancang sejak mula berkahwin tetapi telah “stop” sejak 3 tahun – ini menunjukkan bahawa hormon Puan Sabrina masih tidak dapat menyesuaikan diri tanpa bantuan pil perancang. Jika dulu hormon estrogen dan testosterone akan dikawal oleh pil perancang tetapi setelah berhenti mengambil pil perancang sistem tubuh terpaksa bekerja sendiri.
  • 2 indikasi seperti pernah tejatuh dan mengalami kecederaan serius serta pernah menjalani pembedahan cesarean menunjukkan berkemungkinan vena darah (blood vein) Puan Sabrina mula mengalami kemerosotan ataumenyempit dan berkemungkinan terdapat halangan seperti lemak di vena darah. Apabila vena darah tersumbat atau pengaliran darah tidak lancer, kulit muka akan menerima impak awal. Melanin akan berkumpul dan membentuk jeragat.
  • Pernah membuat facial pengelupasan juga menyumbang kepada pengumpulan melanin yang semakin banyak apabila lapisan kulit di atas kulit muka sudah tiada, ini memudahkan sinaran UV meresap ke dalam kulit.

Puan Sabrina dicadangkan untuk mengambil set AADF iaitu set yang akan membantu di semua aspek yang terganggu. Set AADF terdiri dari ;

  • Arnica 30 untuk masalah vena darah tersumbat, merawat kecederaan luaran dan sistem saraf.
  • Aswagandha Q untuk mengimbang emosi yang mula tertekan dan menstabilkan emosi secara semulajadi
  • Damiana Q adalah remedi yang sangat hebat untuk masalah hormon, malah mampu melambatkan proses menopause.
  • Fragaria vesca 30 adalah remedi yang sangat berkesan untuk membantu mencerahkan kulit, menghapus jeragat dengan membantu buah pinggang dan hati untuk membuang toksin dan mencegah dari terjadinya batu.

Puan Sabrina mengambil ke semua remedi-remedi ini seperti disarankan dan selepas 5 hari Puan Sabrina telah menghantar whatsapp sewaktu subuh;

Magic ke ni atau you guna jin hihihihi, pagi ni I nak sapu mekap macam biasa tetapi belek-belek jeragat dah tak ada. I ambil torchlight suluh confirmed hilang you hihihihihih happy nye I thank you thank you”.

Alhamdulillah …. Itu sahaja yang mampu diucapkan.

Ingin mendapat khidmat runding dan konsultasi percuma tentang masalah jeragat anda sila wasap kode JERAGAT ke 0123400557

9 thoughts on “Jeragat Pemusnah Semangat

  1. Umur sy 40 thn… kulit sy kering.. sy ada masalah jeragat di pipi dan hidung.
    boleh bantu sy untuk hilangkan jeragat sy.. produk yg Puan Sabrina pakai berapa harganya..

  2. sy bermasalah jeragat
    umur 43 tahun, pernah ambil pil perancang 13 tahun lalu selama 1 tahun, period masih on time, pernah jatuh byk kali , telah mecuba produk pengelupas

  3. hi my skin very sensitive allergic,eczema prone.pls advice.age 55.

  4. BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN SET AADF YG PUAN GUNAKAN DAN BERAPA HARGA?

    1. wasap kode JERAGAT KE 0123400557

  5. Masalah jeragat kritikal..perlu bantuan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *