Posted on

Jeragat Membuat Wanita Separuh Semangat Sudah Hilang Untuk Hidup

 

 

Boleh dikatakan 90 peratus wanita yang telah “frust” akan mula mencuba homeopathy sebagai rawatan alternatif untuk mencari jalan terakhir dengan harapan muka yang berjeragat akan kembali bersih. Mengapa terjadi begitu? Kerap kali pengguna terutama wanita amat gemar untuk mendapat kesan pantas dan tidak sabar.

 

Akibat tidak sabar, ramai di antara wanita yang mengguna rawatan kosmetik untuk membuang . Sebagai contoh rawatan laser walaupun mahal mereka sanggup untuk “swipe” kad kredit semata-mata ingin wajah kembali bersih. Malangnya mereka akan mengeluh “sudah bermacam-macam produk saya cuba tapi jeragat makin tebal jadinya”. Ini adalah di antara ayat-ayat di whatsapp yang sering diterima sewaktu pesakit membuat pertanyaan.

 

Malangnya wanita-wanita yang sudah mengalami jeragat kebanyakkan sudah mencuba pelbagai produk kosmetik yang bertoksik, kolagen sintetik yang mungkin menganggu hormon-hormon, rawatan kosmetik pengelupasan, krim hydroquinone, mercuri, laser dan pelbagai jenis rawatan yang mempunyai bahan-bahan yang akan menganggu sistem hormon dan sistem reproduksi.

 

Jeragat epidermal agak mudah dirawat dengan hanya mengguna krim kerana jeragat terjadi dibahagian atas kulit. Oleh itu krim-krim terutama krim pencerahan mampu menghapus jeragat didalam masa 4 minggu atau lebih (jika krim bukan kosmetik).

 

Jeragat dermis , ianya berada dilapisan bawah kulit, jadi krim bukanlah pilihan yang sepatutnya dipilih. Rawatan laser atau pengelupasan kimia juga tidak akan membantu kerana melanin yang banyak berada dibawah lapisan kulit. Tidak hairanlah jika rawatan laser atau pengelupasan kimia hanya bertahan 2-3 hari sahaja dan selepas itu jeragat baru akan timbul.

 

Jeragat mix atau campuran pula kerap kali akan mengelirukan seseorang itu dimana krim hanya menghapus sebahagian sahaja jeragat dimuka. Ini ialah kerana krim hanya menghapus jeragat di epidermis sahaja tetapi tidak yang berada di lapisan dermis.

 

Sebab itulah kerap kali anda akan berusaha secara berterusan untuk hanya mengguna krim dan sabun sahaja kerana pada tanggapan anda jeragat sudah semakin pudar.

 

Jeragat memang sukar dirawat kerana ianya terjadi oleh pelbagai sebab. Doktor pakar kulit sendiri pun pening kepala apabila merawat jeragat, dan sering gagal memberi keputusan yang diharapkan oleh pesakit walaupun kos rawatan di klinik pakar seperti laser memang sangat mahal.

 

Pelbagai kaedah yang dikatakan amat berkesan, tetapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri kepada pesakit tersebut. Ramai yang mengadu selepas membuat rawatan laser, pengelupasan kulit (chemical peeling) dan lain-lain kaedah rawatan moden, hanya mampu bertahan 1-2 bulan atau lagi malang hanya selepas 2-3 hari sahaja, kulit muka mereka menjadi kehitaman lebih teruk dari sebelum membuat rawatan.

 

Jeragat tidak seperti jerawat, jadi kebanyakkan konsep rawatan yang gagal menghilangkan jeragat ialah berpunca dari persepsi bahawa jeragat adalah hanya masalah kosmetik!. Masalah kosmetik bermaksud hanya perlu sapu-sapu mengguna krim atau sabun sahaja. Maka terhasillah krim bertoksik seperti hydroquinone dan merkuri, serta rawatan laser yang berfungsi “menanggalkan kulit” dan buang jeragat. Jika begitu simple maka tidak akan ada masalah seperti yang dihadapi oleh Puan Zie yang sehingga menghadapi tekanan perasaan.

 

Jeragat memang sukar untuk dirawat, itu adalah fakta. Jika jeragat mudah dirawat sudah semestinya terdapat jaminan 100% berkesan dan wang akan dikembalikan jika tidak berhasil. Pakar-pakar kulit juga tidak berani untuk memberi jaminan jeragat akan sembuh 100% kecuali teknik laser, meluntur (bleaching) dan pengelupasan. Teknik-teknik ini walaupun dikatakan berkesan tetapi hanya untuk sementara sahaja.

 

Malangnya wanita-wanita yang sudah mengalami jeragat kebanyakkan sudah mencuba pelbagai produk kosmetik yang bertoksik, kolagen sintetik yang mungkin menganggu hormon-hormon, rawatan kosmetik pengelupasan, krim hydroquinone dan mercuri, laser dan pelbagai jenis rawatan yang mempunyai bahan-bahan yang akan menganggu sistem hormon estrogen dan testosterone.

 

Jeragat disebabkan melanocytes menjadi terlebih aktif. Melanocytes adalah sel yang menghasilkan melanin  yang akan mengeluarkan pigmentasi hitam yang dipanggil jeragat.

 

Walaubagaimana pun jeragat juga boleh berpunca dari wabak atau penyakit. Jeragat juga sering terjadi disebabkan oleh perubahan hormone terutama yang sering terjadi kepada kaum wanita. Jeragat berpunca dari dalam system tubuh selain dari factor luaran seperti kerap terdedah kepada sinaran matahari terik dan kulit muka dicemari lebihan sinaran UV. Oleh itu rawatan “menghapus” jeragat dari luar adalah tidak sesuai dan sering kali gagal untuk bertahan lama.

 

Seperti memadam api didalam sekam, jika air hanya disiram dibahagian atas sekam, tetapi bara api dibawah lapisan sekam masih menyala. Lama kelamaan api akan merebak ke atas permukaan sekam semula. Proses ini akan berulang-ulang jika tidak memilih kaedah pencegahan yang sesuai!.

 

Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dibantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy. Jeragat adalah diantara penyakit yang memerlukan perubatan yang mesra tubuh berbanding ubat-ubat moden yang kerap kali mengguna kaedah “memaksa” tubuh.

 

Jeragat memang unik kerana pakar-pakar tidak dapat memberi kata sepakat apakah punca akar umbi jeragat. Mereka memberi pelbagai pendapat yang bercanggah, tetapi sebaliknya homeopathy menganggap jeragat adalah berpunca dari kesihatan tubuh yang terganggu. Untuk merawat jeragat sistem tubuh juga perlu dirawat. Hasil dari maklum balas pengguna 90% pesakit jeragat adalah berpunca dari hormon yang akan mengaktif melanocytes untuk menghasil melanin dengan banyak sehingga melanin timbul dipermukaan kulit terutama di muka.

 

4 Remedi Homeopathy Hebat Untuk Hapus Jeragat

 

Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30

  • Set AAD
  • Set AADF

 

Jika dahulu pada awalnya, amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 (set AAD) atau 4 (Set AADF) gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Gabungan set AAD terdiri dari Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop, sementara gabungan 4 remedi AADF, Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop dan Fragaria vesca 30.

 

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

 

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

 

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

 

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Khasiat Fragaria Vesca 30, secara ringkasnya khasiat kebaikan Fragaria ialah;

1. Mencerahkan kulit tanpa mengguna sabun atau krim (kesan terbaik selepas 3 bulan). Selepas 3 bulan wajah anda akan lebih cerah dan bercahaya.

Remedi homeopathy merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya untuk dimuka. oleh itu khasiat Fragaria juga untuk ;

2. Mampu merawat masalah gigi, gusi dan mulut yang bermasalah. Membuang tar dan mencerahkan gigi.

3. Menghalang pembentukan batu karang di hempedu, buah pinggang dan disaluran kencing

4. Mampu mengatasi beberapa masalah kulit lain juga seperti akibat alergik

Secara ringkasnya remedi-remedi ini sangat selamat dan bermanfaat kepada tubuh wanita yang sangat komplek.

Fragaria vesca 30 adalah remedi yang paling popular dengan kesan selamat tanpa bahan kolagen haiwan tetapi sebaliknya kesan menghapus jeragat dan pencerahan adalah dari sumber buah strawberry liar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *