Posted on

Jeragat disebabkan ketidskseimbangan hormon

image

Apa itu Jeragat atau Melasma (Chloasma) ?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat gelap atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi di bahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu. Jeragat kerap terjadi kepada wanita yang mengandung ianya di panggil Chloasma.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama agak komplek dan boleh dikatakan akibat genetic. Satu pertiga dari kes yang dirujuk adalah berkaitan genetic di mana nenek atau ibu pernah mengalami jeragat atau melasma, tetapi mengikut kajian pigmentasi terjadi kerana melanin mengeluarkan terlalu banyak sel pigmentasi, melanocytes.

Selain dari itu lain-lain punca utama terjadinya jeragat ialah;

Terdedah kepada cahaya matahari terik
Mengandung (sewaktu mengandung di panggil chloasma) tetapi akan hilang (atau berterusan) selepas beberapa bulan melahirkan anak.

Rawatan hormone merupakan faktor utama wanita yang mengalami jeragat, termasuk pil perancang yang mengandungi oestrogen dan progesterone, pill pengganti hormone, alat yang dimasukkan ke uterine (saluran peranakan).

Kesan dari bahan kosmetik
Reaksi phototoxic dari ubat-ubatan
Hypothyroidism juga dikaitkan sebagai pencetus jeragat.

Jeragat akan terjadi seperti spot di dalam beberapa bentuk, secara klinikal jeragat ini akan di kategorikan sebagai;

Centrofacial; terjadi di dahi, pipi, hidung dan di atas bibir

Malar; di pipi dan hidung

Lateral; terjadi di pipi

Mandibular; kawasan rahang

Kemerahan dan meradang yang juga dipanggil erythrosis pigmentosa faciei.

Poikiloderma of Civatte; kemerahan dan terjadi di bahagian tengkuk, kerap kali terjadi kepada pesakit yang berumur 50 tahun ke atas.

Brachial cutaneous dyschromatosis; yang terjadi di bahagian dada dan bahagian atas lengan.

Radiasi ultraviolet (UVR) kerap kali menjadi punca utama terjadinya jeragat kepada wanita yang sihat, normal dan tidak mengadung. UVR dikatakan boleh mengaktifkan melanocyte.

Melasma sering terjadi kepada wanita yang masih di dalam umur reproduktif iaitu sekitar 20-50 tahun. Jika dilihat statistic mengikut bangsa, wanita berbangsa Latin, Hispanic, Timur Tengah dan Asia yang mempunyai kulit sawo matang atau agak gelap  akan lebih terdedah kepada kemungkinan untuk terjadi jeragat.

Dianggarkan seramai 45-50 juta wanita mengalami jeragat di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *