Posted on

Jeragat dan menopause ada kaitan?

menopause dan jeragat

 

 

Jeragat Sewaktu Pre-Menopause dan Setelah Menopause

 

Hanya segelintir wanita yang bersiap sedia untuk menghadapi menopause, sementara sebahagian besar wanita langsung tidak bersedia sehinggalah secara tiba-tiba sesuatu kesan pelik mula timbul muka anda. Kesan seperti simetrikal dan kadang-kadang di dalam bentuk bintik-bintik hitam atau kecoklatan mula kelihatan, mulanya hanya sedikit dan lama kelamaan kesan tersebut mula membesar di atas bibir, hidung, pipi dan dagu. Stress, dan jalan pendek yang diambil ialah mengguna skincare untuk membuang kesan-kesan tersebut. Kebanyakkan krim dipasaran yang dicadangkan ialah jenis bleaching atau peeling. Krim sebegini tidak membantu kerana ia mempunyai kesan yang tidak baik kepada kulit selepas itu kerana terdapat amalan mengguna bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone atau merkuri.

 

Secara purata wanita akan mengalami menopause pada umur 51, tetapi tidak ada umur yang tetap untuk menopause kerana kadang-kadang menopause boleh terjadi kepada wanita berumur 30an dan paling lewat pada umur 60an.

Menyedihkan apabila wanita-wanita ini yang sudah mengalami menopause, mengalami stress dan kadang-kadang mengalami depresi telah dijanjikan dengan kesan yang boleh membantu membina kenyakinan diri tetapi sebaliknya menjadi semakin teruk selepas mengguna produk-produk yang mengandungi bahan bertoksik. Kos rawatan kadang-kadang mencecah ribuan malah ada yang mencecah belasan ribu tetapi kesannya hanya sementara, selepas itu jeragat kembali menjelma. Terdapat segelintir wanita menopause yang terus mengalah dan membiarkan sahaja jeragat tanpa dirawat akibat kecewa. Bagi mereka yang mendapat sokongan suami, akan terus mencari pilihan alternatif untuk menghapus jeragat.

Kebanyakkan pesakit-pesakit yang mencari alternatif, seperti remedi  suplemen jeragat alternatif homeopathy biochemic ialah mereka yang telah kecewa dan gagal dengan rawatan kosmetik moden, malah pernah mengguna rawatan laser yang sangat mahal kosnya. Menyesal sudah tidak berguna tetapi perlu mencari solusi yang lembut, boleh diharap dan berkesan. Jeragat tidak semudah jerawat sapu dan hilang tetapi jeragat boleh terjadi akibat pelbagai sebab dan salah satunya ialah menopause.

Walaupun Menopause adalah proses yang terpaksa dilalui oleh setiap wanita, ia boleh ditangguhkan jika mengambil suplemen yang sesuai dan mempraktik gaya hidup sihat. Sekiranya sudah mengalami menopause ia bukanlah pengakhiran hidup anda, kerana terdapat remedi homeopathy yang sangat-sangat membantu untuk menstabilkan hormon yang sedang bergolak.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop boleh diambil bersama-sama set hapus jeragat yang sedia ada seperti M3, M4, 5SMF, SMF, SMFF, BJC01 dan BJC02.

 

Jeragat dan Menopause

Di dalam tubuh kita terdapat sistem penyampai maklumat kimia yang mengawal hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan, metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh juga gagal untuk bekerja jika sistem penyampai maklumat kimia gagal berfungsi dengan efisien.

Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap keadaan kulit seperti , jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.

Bersiap Sedia Sebelum Terjadinya Perubahan Hormon

Akil baligh adalah penanda pada alam kedewasaan bagi setiap individu. Gadis-gadis akan aki baligh pada sekitar umur 9-14 tahun dan akan menghadapi perubahan hormon dan tubuh sekurang-kurangnya empat tahun. Remaja lelaki biasanya akan akil baligh di antara umur 10-17 tahun dan akan mengalami perubahan pada fizikalnya lebih kurang sehingga tujuh tahun. Walaubagaimana pun gadis lebih terdedah kepada permasalahan berkaitan hormon berbanding lelaki. Gadis-gadis dilahirkan dengan sistem tubuh yang akan dipengaruhi oleh hormon selepas mereka akil baligh, di mana mereka akan mengalami kitaran haid secara bulanan, akan melahirkan anak, sistem laxative (susu badan) dan seterusnya akan melalui fasa pre-menopause dan seterusnya menopause.

Oleh itu amat penting bagi gadis-gadis terutamanya untuk mengetahui sistem tubuh mereka terutama hormon-hormon yang akan mempengaruhi kehidupan mereka sehingga ke peringkat menopause. Gadis dan lelaki akan mempunyai hormon estrogen, progesterone dan testosterone. Estrogen adalah hormon utama bagi gadis dan testosterone adalah hormon utama bagi lelaki. Sekiranya hormon androgen menjadi dominan ini akan menambah kuantiti sebum untuk kedua-dua jantina yang akan menyebabkan terjadinya jerawat.

Walaubagaimana pun kehidupan lelaki tidak terlalu terpengaruh dengan perubahan hormon berbanding wanita. Kerana wanita adalah hormon dan hormon adalah wanita, begitulah rapatnya ikatan di antara hormon dan wanita bermula sejak akil baligh sehingga menopause.Jika mendapat rawatan di klinik biasa, doktor-doktor akan memberi pil HRT (hormone replacement therapy). Walaubagaimana pun kesan sampingan yang disahkan oleh saintis, HRT adalah antara penyebab utama jeragat.

Disebabkan kesan sampingan ini ramai yang telah bertukar kepada perubatan alternatif seperti homeopathy biochemic yang lebih selamat dan bebas bahan kimia atau dadah. Remedi homeopathy bertindak dengan lembut, membantu sistem antibody untuk kembali kuat dan mampu melawan penyakit dengan “self healing” tubuh kita sendiri.

Remedi homeopathy yang paling berkesan untuk merawat jeragat sewaktu menopause ialah, Sepia 200. Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas. Selain dari Sepia 200, Pulsatilla dan Caulophyllum antara remedi hebat untuk wanita sebelum dan selepas menopause.

Pulsatilla di dalam perubatan homeopathy dianggap sebagai remedi yang sangat diperlukan wanita, sangat bagus untuk masalah wanita sebelum dan sewaktu haid dan Caulophyllum adalah remedi yang sangat hebat untuk pelbagai masalah wanita berkaitan saraf-saraf seperti kecederaan lama dan selepas melahirkan bayi. Sangat bagus sekiranya digabungkan dengan Sepia 200 dan lain-lain remedi terutama kepada wanita yang menopause.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Jangan bersedih jika anda sudah menopause dan terdapat jeragat dimuka, kerana terdapat pilihan untuk kembali cantik dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.

 

Bagi mendapatkan konsultasi yang tepat dengan masalah jergat anda sila wasap kode  JERAGAT ke +60123400557

2 thoughts on “Jeragat dan menopause ada kaitan?

  1. Assalam… boleh saya tahu sepia 200 perlu digandingkan dgn yg mana utk menghilangkan jeragat.. keran jeragat sy timbul adalah disebabkan salah guna produk skincare dan pil perancang.. dan berapa kos bg ubat ini.
    Terima kasih

    1. ubatjeragat.com/webjeragat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *