Posted on Leave a comment

Hormon adalah masalah terbesar jeragat sukar sembuh

 

 

hormonal_events_large

 

 

 

endocrinesystem

 

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

90% dari pembeli set jeragat berumur 35 tahun dan ke atas, menunjukkan pada sekitar umur tersebut kebanyakkan wanita telah berkahwin dan pernah hamil yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon.

Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat iaitu hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Jika anda bertanya masalah jeragat berpunca dari masalah hormon yang tidak menentu?, jawapannya ialah YA. Walaupun sun burn dikatakan punca kepada jeragat, tetapi hormon adalah “culprit” utama yang mencetuskan jeragat di muka seorang wanita.

Untuk menguatkan lagi fakta ini, jeragat akan terjadi sewaktu seseorang wanita itu hamil. Ianya di panggila “melasma” atau “face of pregnancy” yang akan dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali hamil. Seperti yang yang kita ketauhuiproses kehamilan akan mengakibatkan hormon wanita akan mengalami perubahan yang drastik.

Set jeragat homeopathy amat selamat untuk para ibu yang sedang hamil untuk mengambil suplemen homeopathy. Suplemen ini selain dari mengawal melasma yang terjadi, ianya juga bermanfaat untuk ibu dan kandungan terutama untuk menangani morning sickness, keletihan dan kesihatan baby didalam kandungan seperti pertumbuhan otak, tulang dan saraf.

Saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita? Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.

Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause. Fakta-fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

Jeragat yang berpunca dari genetik sangat sukar untuk dirawat jika hanya mengguna sabun dan krim. Set jeragat yang sangat berkesan untuk jeragat genetik ialah set M3, Bio-SMF dan SMF atau SMFF.

Melanin iaitu pigmentasi akan terjadi dengan berlebihan akibat dari sun burn yang melalui proses yang lama iaitu 10-20 tahun sebelum terjadinya jeragat. Sebagaimana saintis mengatakan sun burn sebagai punca utama jeragat yang berpnca dari melanin yang berlebihan. Melanin ini akan terkumpul secara beransur-ansur di lapisan bawah kulit akibat dari radiasi sinaran UV dan melanin yang berlebihan ini akan “dilepas”  menjadi jeragat sewaktu hormon mengalami masalah.

Jeragat atau tompok kehitaman atau coklat yang terjadi dikulit juga biasanya terjadi kepada pesakit yang mengalami kekurangan adrenal atau Addison’s disease. Addison’s disesase terjadi apabila kelenjar adrenal tidak menghasilkan hormon yang secukupnya termasuk hormon cortisol. Hormon cortisol ialah hormon steroid (steroid hormone) yang akan memproses pelbagai fungsi termasuk metabolism dan sistem immunisasi. Hormon cortisol juga memainkan peranan penting untuk membantu tubuh bertindak balas kepada masalah stress dan menangani masalah tersebut. Begitu juga sebaliknya jika cortisol terhasil dengan berlebihan (hyper) atau Cushing’s syndrome ia juga akan mengakibatkan jeragat.

Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode MELASMA ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau klik terus link ini untuk wasap http://biochemic.wasap.my

atau tinggal no wasap puan untuk kami info diwasap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *