Posted on

Homeopathic Skin Balance – Magic Spray

 

 

 

Homeopathic Skin Balance – Magic Spray

 

Kembalikan tona kulit kembali berseri, gebu dan licin

 

Kulit akan mengalami kemerosotan seperti hilang seri (glow), nampak kusam dan berubah warna (menjadi kehitaman atau coklat). Terdedah kepada sinar matahari, perubahan hormon kerana mengandung, perubahan hormon apabila umur meningkat, parut akibat jerawat adalah beberapa faktor kulit mula terjejas.

 

Jangan risau ini bukanlah masalah kesihatan serius sehingga boleh menggugat nyawa. Ia hanya isu melibatkan kenyakinan diri akibat kulit muka kelihatan tidak menarik dipandang oleh orang ramai, dan paling utama bagi suami sendiri.

 

Kebanyakkan kes ini, adalah akibat dari penggunaan kosmetik dan krim-krim yang bertoksik, selain dari terdedah kepada sinar UV (matahari) yang menjadikan wajah seseorang itu terjadinya jeragat.  Menambah derita menjadikan wajah semakin memburuk penggunaan krim menghapus jeragat akan menambah keadaan kulit menjadi semakin parah.

 

Memandang remeh penggunaan krim (sunblock/sunscreen) menghalang sinaran matahari dan uv adalah kesilapan yang mengundang kesan jangka panjang  dan kerap kali sekiranya menyesal sudah terlambat kerana pigmen sudah berkumpul di bawah lapisan kulit atau dipanggil dermis.

 

Rawatan Laser Akibat Muka Semakin Parah

 

Purata pesakit yang berjeragat akan tertarik dengan kesan pantas yang boleh dijanjikan oleh pakar kulit yang menjalankan rawatan laser. Tidak dinafikan kesan rawatan laser amat pantas, menghapus jeragat dan lapisan epidermis iaitu lapisan paling atas kulit kita. Epidermis adalah lapisan paling atas kulit yang menjadi “filter” kepada sinaran matahari atau sinaran beradiasi UV. Epidermis akan menapis sinaran ini dan akan mengurangkan risiko terjadinya kanser kulit.

Selain dari itu epidermis juga menjadi penapis kepada habuk-habuk dan kalis air. Malangnya lapisan ini telah “terbakar” bersama-sama jeragat melalui sinaran laser yang panas, ini bermakna sinaran UV, habuk dan air yang mungkin mengandungi kotoran akan terus ke dalam pori tanpa penapis! Malah terdapat pesakit yang menderita kulit muka seolah-olah terbakar atau mengalami kanser kulit selepas membuat rawatan laser.

Homeopathy sangat berjaya untuk merawat jeragat, secara yakin kami berani mengatakan remedi homeopathy untuk menjadikan wajah anda glow, dan gebu adalah bebas dari kesan sampingan dan sangat-sangat berkesan untuk merawat jeragat. Kami bukan mereka cipta testimoni, setiap testimoni kami adalah dari insan yang sebenar yang telah berjaya memudarkan atau telah kembali glow serta gebu semula sebelum ini selepas mengamalkan remedi homeopathy. Kesemua remedi adalah dari bahan natural, bebas dari bahan-bahan merbahaya.

 

Homeopathy percaya masalah kesihatan seperti jeragat adalah gangguan kesimbangan di dalam tubuh dan bukan berpunca dari faktor luaran. Remedi mesti bekerja dari dalam untuk membersih kulit. Remedi homeopathy akan meningkat kekuatan dalaman tubuh setiap individu, dan akan membuang agen-agen negatif yang akan merosakkan kulit. Setelah keseimbangan tubuh kembali stabil , hasilnya ialah kulit yang cerah, berseri, gebu dan sihat akan kembali.

 

Adakah Krim Boleh Menghapus Jeragat?

 

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, jeragat tejadi di bawah lapisan kulit iaitu di dermis, oleh itu penggunaan krim untuk menghapus jeragat boleh dikatakan tidak membantu. Walaubagaimana pun krim sunblock atau juga di sebut sunscreen sangat membantu untuk menghalang jeragat dari terjadi jika digunakan sebelum ditumbuhi jeragat atau mampu mengurangkan jeragat sekiranya sudah terjadi.

 

Homeopathic Skin Balance – Magic Spray

 

Magic Spray adalah 100% bahan natural homeopathy yang disediakan di dalam botol spray, untuk memudahkan pengguna untuk mengambil remedi dan membawa ke mana sahaja. Hanya perlu 1-2 kali spray dan kemam sebentar (lebih kurang 30 saat dan telan). Paling terbaik spray di bawah lidah, kerana di bawah lidah mempunyai saraf-saraf yang sensitif dan akan mempercepatkan remedi meresap ke dalam tubuh.

 

Dos : 1-2 kali spray 2-3 kali sebelum makan. Sekiranya simptom semakin pulih kurangkan dos dan disarankan mengguna sunblock atau sunscreen untuk mengurangkan kesan sinaran matahari. Dianggarkan 1 botol Magic Spray 80ml akan tahan selama 35-45 hari.

 

Manfaat Magic Spray

  • Membantu menghapus kesan jeragat akibat terdedah kepada sinar UV
  • Membantu kes-kes jeragat yang semakin teruk selepas rawatan kosmetik dan laser
  • Membersih unsur-unsur negatif dan membuang dari tubuh
  • Menguatkan kekuatan sistem tubuh untuk melawan unsur-unsur negatif yang akan merosakkan kulit.
  • Membantu membina sel-sel baru menggantikan kulit yang telah rosak

 

Ingin konsultasi masalah jeragat anda sila klik link ini —-> http://biochemic.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *