Posted on

Faktor terjadi jeragat di muka

PhotoGrid_1391698328693

JERAGAT adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Beliau berkata, hakikatnya makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan. Namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi yang terdapat pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

“Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes .

“Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit tetapi ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari yang merangsang kehadiran jeragat pada muka dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.

“Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik yang mempunyai hubung kait dengan ibu bapa individu.

“Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar berbanding golongan yang berkerja dalam kawasan redup yang melindungi kulit daripada kesan pancaran matahari berlebihan.

“Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi,” katanya.

Dr Noraziah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim tidak sesuai.

“Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan ‘heat’ (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

“Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia (chemical peeling ),” katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi terdapat juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil lebih baik.

“Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

“Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,” katanya.

FAKTA – Jeragat

Sejenis penyakit kulit

Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag

– Seborrhoeiv keratoses – timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
– Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit
– Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor

Oleh itu kaedah berkesan merawat jeragat adalah menggunakan kaedah dalaman dan luaran.Kaedah dalaman seperti mengambil remedy biochemic dan homeopathy adalah penyelesaian terbaik dan berkesan tanpa perlu laser dan pengelupasan

 

 

2 thoughts on “Faktor terjadi jeragat di muka

  1. Saya mempunyai masalah jeragat yg teruk…hampir 90% meliputi bah muka dan badan…bantu sy

    1. ubatjeragat.com/melasma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *