Posted on

Fakta Keberkesanan Dry Pellets (Pills) dan Wet Dose

 

 

images (1)

Fakta Keberkesanan Dry Pellets (Pills) dan Wet Dose

Sesetengah pembeli yang sudah mengenali dan pernah mengamal remedi homeopathy sejak sekian lama akan merasa syak wasangka. Kerap juga menerima whatsapp yang mengajak berdebat mengapa perlu mengguna cara wet dose sedangkan tablet manis yang sedap dikemam adalah cara mengambil remedi yang sebenar.

Faktanya bukan hanya tablet manis sahaja cara untuk mengambil remedi homeopathy tetapi terdapat beberapa cara termasuk cara yang jarang diamalkan iaitu melalui serbuk. Cecair atau tablet adalah “carrier” atau pembawa remedi tersebut untuk memudahkan pengambilan remedi. Konsepnya hampir sama dengan ubat-ubat hospital yang mengguna tablet tanpa gula seperti pil Paracetamol dan ubat batuk yang dicampur sirap.

Perbezaan antara ubat dan remedi homeopathy ialah, remedi homeopathy tidak ada bahan ubat yang secara biasanya akan mengandungi dadah atau bahan kima berjadual dan terkawal.

Sebagai pengamal homeopathy yang mendapat latihan berterusan dari badan yang memantau perubatan homeopathy yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) melalui kursus CPD (Continuing Professional Development). Pensyarah utama bagi kursus ini ialah dari tenaga pengajar yang amat berpengalaman termasuk Presiden MPHM sendiri En.Zainul Azmi yang amat mahir di dalam perubatan homeopathy yang akan menjadikan Materia Medica Homeopathy sebagai panduan.

Pandangan peribadi saya, Presiden MPHM adalah Al-Hafiz kitab Materia Medica Homeopathy. Kenapa saya kata begitu ? Kerana sewaktu kursus CPD kami akan bersoal jawab dengan En.Zainul Azmi dan beliau akan memetik kata-kata Materia Medica termasuk muka surat dan paragraph tu! hasil catitan pengasas Homeopathy iaitu Dr.Hahneman dengan selamba. Bagi memastikan petikan beliau adalah benar , saya kerap kali akan menyemak semula dan ternyata beliau memang Al-Hafiz Materia Media.

Berbalik kepada fakta yang mana satu cara pengambilan remedi yang lebih berkesan? Adakah tablet atau cara wet dose? Jawapannya adalah KEDUA-KEDUA kaedah adalah sama hebat dan sama berkesan. Ini adalah hasil pengalaman selama 18 tahun membantu ribuan pesakit untuk mendapat perubatan pilihan alternatif kepada perubatan moden untuk penyakit akiut atau kronik.

Ternyata perubatan homeopathy sangat hebat untuk membantu pesakit kronik seperti jeragat, jerawat, masalah jantung, kencing manis, ed (erectile dysfunction) dan lain-lain penyakit kronik. Remedi homeopathy sangat selamat untuk digandingkan dengan ubat-ubat klinik atau hospital kerana remedi homeopathy bukanlah ubat tetapi penawar atau remedi yang 100% adalah bebas bahan kimia atau dadah berjadual.

Hasil dari pengalaman ini remedi cecair diperkenalkan dan kaedah wet dose dicadangkan untuk digunakan. Mengapa saya katakan sama hebat? Ini kerana telah terdapat puluhan testimonial sebelum ini hasil  gabungan remedi tablet dan cecair iaitu Sepia 200 dan Melasma Free (tablet) dan Fragaria vesca (cecair). Selepas diperkenalkan Sepia 200 dan Melasma Free Drop didalam bentuk cecair maklumbalas dan “repeat order” juga semakin bertambah. Malah para pembeli merasa sangat jimat dengan set berbentuk cecair kerana boleh dijadikan wet dose. Jika mengguna wet dose setiap set sebagai contoh set jeragat SMF Drop boleh digunakan selama lebih kurang 45 hari.

 

Cecair atau Tablet Yang Lebih Berkesan?

Kedua-dua bentuk remedi adalah sangat berkesan, walaubagaimana pun sejak diperkenalkan remedi cecair terdapat lebih banyak maklum balas mengenai kesan yang lebih cepat jika mengambil remedi cecair dan mengguna kaedah wet dose. Tambahan pula kaedah wet dose lebih tahan lama dan sudah semestinya lebih jimat.

Keberkesanan remedi bergantung kepada beberapa faktor seperti dibawah;

  1. Keserasian tubuh – jika serasi dan tubuh cepat menerima kesan baik remedi, kesan penyembuhan agak cepat. Biasanya kesan akan ternampak selepas 1-2 minggu.
  2. Kesan ubat-ubat lama menjadi penghalang – kerap kali pembeli mengadu kesan penyembuhan hanya sedikit atau langsung tidak nampak. Tubuh lambat menerima remedi yang semulajadi kerana sejarah pengambilan ubat atau produk yang pelbagai sebelum mengamal remedi homeopathy. Ubat-ubat ini akan kekal di dalam sistem tubuh di dalam masa yang lama. Ubat-ubat ini juga menjadi penghalang kepada ubat-ubat baru atau remedi homeopathy untuk berkerja.
  3. Cara pengambilan yang tidak berdisiplin – sebagai contoh kerap terlupa mengambil remedi, atau mengambil sewaktu perut yang kenyang. Cara terbaik ialah sewaktu perut kosong, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan dan kalau boleh ambil makanan berat 30 minit selepas ambil remedi.
  4. Remedi terdedah kepada cahaya matahari – remedi homeopathy akan menjadi lemah keberkesannnya jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik di dalam tempoh masa yang lama. Simpan remedi di dalam suhu bilik dan di tempat yang jauh dari sinaran matahari.
  5. Mengambil pelbagai ubat dan suplemen di dalam satu masa – ramai pesakit akan membeli dan mengamal pelbagai ubat dan suplemen di dalam satu masa sebagai usaha untuk cepat sembuh, sebenarnya ia akan menambah mudarat kepada tubuh. Kadang-kadang ubat atau suplemen ini mempunyai bau yang kuat dan akan menjadikan kesan remedi homeopathy melemah dan tidak mampu menguatkan sistem antibody tubuh.

Jika anda bertanya saya yang mana lebih bagus? Saya akan cadangakan jenis cecair kerana ia berkesan dan lebih jimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *