Posted on

Apakah itu Wet Dose Homeopathy?

 

 

 

 

Apakah itu Wet Dose Homeopathy?

 

Wet dose vs Dry Dose begitulah tajuk salah satu web yang cukup terkenal memperkenalkan homeopathy kepada dunia. Terdapat percanggahan pendapat di antara scholar atau pakar homeopathy sama ada wet dose telah diamalkan oleh pengasas homeopathy sendiri.

 

Sebagaimana yang kita tahu pada zaman 1800 gaya penulisannya agak berpuitis walaupun ia adalah jurnal perubatan, oleh itu agak sukar untuk pinpoint kepada sesuatu kaedah perubatan dengan secara jelas. Walaubagaimana pun hasil kajian mendapati pengasas homeopathy secara indirectly mengatakan wet dose adalah lebih cepat meresap ke dalam sistem tubuh berbanding dry dose (tablet untuk dikemam).

 

Bagaimana Wet Dose Lebih Bagus Bekerja?

 

Secara purata tubuh manusia dewasa mengandungi 50-65% air. Kandungan air di dalam tubuh bayi lebih tinggi di antara 75-78%. Boleh dikatakan hampir separuh tubuh manusia adalah air.

 

Homeopathy mementingkan dos yang amat kecil atau nano dose, lagi kecil dos tersebut adalah lebih kuat. Ini berbeza dengan konsep perubatan biasa yang menetapkan gram atau cc yang tinggi untuk dos yang tinggi.

 

Apabila separuh dari jisim tubuh adalah air, tubuh akan menerima khasiat dan menyerap khasiat yang berbentuk cecair dengan lebih pantas berbanding bahan-bahan lain. Sebagai contoh tubuh manusia akan lebih cepat menyerap zat-zat yang diminum seperti air mineral, susu, coklat, minuman kultur dan lain-lain. Malah jika demam denggi pun dirawat mengguna IV yang berbentuk cecair. Begitu wet dose akan lebih cepat menyerap kedalam tubuh berbanding dos kering yang mengguna tablet manis.

 

Kenapa Wet Dose Diragui?

 

Minda kita telah dilatih sejak dari kecil sesuatu yang kuat atau tinggi kuasanya akan memberi impak yang sangat cepat. Agak sukar bagi sesetengah orang yang terlalu fanatic kepada pemahaman sains yang rigid dan tidak berfikir diluar kotak untuk menerima dos nano yang tidak dapat dikesan oleh mikroskop mampu memberi impak kesihatan kepada penyakit kronik.

 

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atau Fragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampur kedalam air mineral yang saiznya 450ml. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  450ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *