Posted on

Apa itu homeopathy?

Apa itu homeopathy?

Perubatan homeopathy mensasarkan untuk menguatkan system penyembuhan tubuh secara semulajadi (body’s  natural system of healing). Secara popularnya remedy homeopathy disediakan di dalam bentuk tablet manis.

Remedi homeopathy disediakan mengikut kajian saintifik melalui kajian selidik yang berusia lebih 200 tahun. Ianya bukan sekadar ilmu turun temurun sahaja. Penyediaan remedy homeopathy melalui kawalan kualiti yang ketat untuk mengekalkan kualitinya.

Materia Medica adalah sumber rujukan bagi setiap pengamal homeopathy. Di dalam Materia Medica telah tercatat dengan lengkap setiap kegunaan remedy mengikut symptom setiap individu untuk setiap penyakit yang dideritai. Terdapat lebih 8888 remedi yang telah direkodkan!.

Setiap remedy akan melalui proses mencampur pada kadar yang tinggi, sehingga sewaktu kajian makmal bahan asal di dalam remedy tidak dapat dikesan. Contohnya jika Allium sativum (bawang merah) campurannya sebagai contoh 1 titis Allium sativum akan dicampur dengan 100, 000 atau 1,000,000.00 titis air.

Oleh sebab itu remedy homeopathy amat selamat dan hampir tidak ada langsung kesan sampingan tetapi mampu menyembuhkan penyakit! Pelik tapi ajaibkan? Tetapi itulah hakikatnya.

Mengapa dipanggil Remedy?

Medicine atau drugs kerap kali digunakan oleh para pengamal homeopathy di Barat. Bagaimana pun di Malaysia dipanggil remedy kerana di dalam remedy homeopathy tidak ada kesan ubat iaitu bahan kimia atau dadah.

Perlu berpantang ke?

Homeopathy dan pantang berpisah tiada. Sudah tertanam di minda orang ramai jika ingin mengambil perubatan homeopathy mereka perlu berpantang. Hakikat sebenarnya bukan berpantang tetapi kurangkan atau berhenti untuk seketika dari mengambil minuman dan makanan yang boleh menganggu kesan remedy homeopathy.

Sekurang-kurang anda hanya perlu tidak minum dan makan 30 minit sebelum dan selepas mengambil remedy. Jika jarak masa lagi lama contohnya 1 jam sebelum dan selepas adalah lagi baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *