Posted on

Ambil Kolagen, Demam 1 Minggu

kesan_kekurangan_kolagen_pada_kulit-e1425048920466

struktur_collagen_kulit-e1425049109101

anatomi kulit pigmentasi

Ambil Kolagen, Demam 1 Minggu

Jeragat tidak mengenal umur tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Wanita yang majoriti mendapat jeragat pula adalah yang berumur lebih 30an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat.

Oleh kerana produk-produk dipasaran kerap kali mengundang kesan sampingan, pengguna sudah mula sedar, mencari produk alternatif yang lebih natural serta bebas dari bahan kimia dan lain-lain. Salah satu produk yang mendapat tempat di hati pengguna ialah perubatan homeopathy. Homeopathy sangat popular seperti di India, Pakistan, Mexico dan beberapa negara dunia ke 3. Pelbagai penyakit di rawat mengguna kaedah homeopathy termasuklah penyakit berjangkit seperti H1N1.

Akibat tersalah memilih produk untuk menghapus jeragat, seorang wanita muda ini telah mengalami demam panas yang serius.Wanita ini berumur 20 tahun dan jeragatnya agak tebal. Sejarahnya dia adalah atlit yang aktif dan pernah mewakili Negara. Berjemur di bawah panas matahari sudah menjadi rutin sejak di sekolah rendah lagi.

Kulit wajahnya agak gelap berbeza dengan tona kulit di bahagian yang terlindung termasuk leher. Ini menyebabkan beliau mula mengguna produk-produk “skincare” untuk mencerahkan kulit. Beliau berkahwin pada umur 20 dan “berpencen” dari bersukan selepas itu. Pada umur 21 beliau melahirkan anak pertama.  Jeragat semakin menebal di pipi dan bibir, mukanya kelihatn comot dan kusam mengakibatkan beliau terasa rendah diri dan stress.

Pelbagai produk telah dicuba sehinggalah beliau mencuba satu produk kolagen berbentuk seperti gula-gula. Testimoni produk tersebut memang “tip-top”, termasuklah duta produk yang cantik jelita. Selepas 3 hari produk yang dipesan di online telah tiba dan harapannya membunga-bunga untuk kembali cantik. Malangnya selepas 3 hari beliau mengambil produk kolagen tersebut, beliau diserang lemah-lemah badan dan seterusnya demam yang panas hampir mencecah 40 darjah celcius. Demamnya berterusan selama selama 2-3 hari sehingga memaksa pihak hospital melakukan IV (masuk air) dan demamnya reda selepas 7 hari.

Adakah beliau demam ini secara kebetulan sahaja? Walaupun pihak hospital tidak mengesahkan tetapi besar kemungkinan tubuh beliau tidak dapat menerima kolagen buatan dari produk tersebut. Salah satu faktornya wanita ini masih muda dan paras kolagen di dalam tubuhnya masih tinggi. Mengambil kolagen sebagai supplemen akan menjadikan tubuh wanita ini terpaksa menerima kadar kolagen yang terlalu tinggi.Berbeza dengan produk atau remedi homeopathy,seperti set SMF (SMFEC) yang bertindak dengan lebih lembut, selamat dan boleh diharapkan. Selepas sihat beliau mengambil keputusan untuk mencuba produk homeopathy. Hasil dari temubual yang ringkas set yang sesuai ialah set jeragat SMF. Di dalam tempoh 2 minggu beliau mula merasa kulitnya semakin licin, kesan jeragat mula menipis dan tidak kasar seperti sebelumnya.

jeragatnya semakin pudar selepas 4 minggu. Remedi homeopathy tidak hanya semata-mata menambah kolagen tetapi “membaiki” sistem tubuh dan menjadikan kadar kolagen yang sedia ada lebih berkualiti.

Fragaria Vesca 30C adalah pemangkin kolagen yang natural (Fragaria Vesca atau Strawbery mentah adalah sumber kolagen asli), Fragaria Vesca membantu hati dan buah pinggang menjadi lebih sihat dan efisien. Hati dan buah pinggang adalah 2 organ yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh. Kegagalan 2 organ ini berfungsi dengan baik akan menjadikan kulit terdedah kepada penyakit termasuklah terjadinya jeragat.

Tidak dinafikan kolagen sangat penting untuk tubuh tetapi kolagen semulajadi adalah kolagen yang terbaik. Kolagen semulajadi seperti sayuran berdaun hijau pekat, ikan yang mengandungi omega-3, berries termasuk strawberry (Fragaria Vesca) dan bawang putih. Berikut ialah sedikit info mengenai kolagen.

Apakah Kolagen?

Kolagen ataupun collagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. 75% dari kulit kita terdiri daripada kolagen. Kolagen adalah serat protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia didapati dengan banyak pada kulit, tulang rawan, tisu-tisu, organ-organ dan dalam kuku serta rambut.

Fungsi Kolagen

Fungsi kolagen ialah sebagai penyokong tubuh kita. Kolagen ibarat gam yang melekatkan bahagian-bahagian tubuh badan pada tempatnya dan memberi bentuk kepada anggota tubuh. Tanpa kolagen badan kita ibarat jelly yang tiada sokongan dan mudah terpisah. Paras kolagen yang tinggi dalam badan boleh menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang sihat.

 Kepentingan Kolagen

Jadi adakah kolagen sangat penting? Ya! Ini kerana semakin usia meningkat, kandungan kolagen semakin berkurangan. Jadi, nutrisi yang membantu memelihara kandungan kolagen semakin diperlukan tubuh untuk bertindak sebagai antioksida bagi mengelakkan penuaan sebelum waktunya dan juga melambatkan kesan-kesan akibat proses penuaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *