Posted on

Adakah laser mampu merawat jeragat?

Ramai yang tidak mengetahui bahawa jeragat tidak dapat dirawat menggunakan krim,serum,laser dan kaedah pengelupasan dan sebagainya. Melalui kajian di beberapa media sosial hanya 20% sahaja yang mengetahui bahawa jeragat tidak dapat dirawat dengan aplikasi luaran seperti disebut sebelumnya.

Baki 80% lagi tidak mengetahui jeragat sebenar berpunca daripada sebab dalaman seperti masalah hormon tidak stabil,penggunaan bahan sintetik hormon seperti pil perancang dan penggunaan krim pengelupasan. Selain itu dedahan cahaya matahari yang kerap dan lama juga adalah punca tetapi hanya 5% sahaja.

This image has an empty alt attribute; its file name is 2E18F5C300000578-3303438-Skin_colour_changes_can_occur_because_of_a_number_of_reasons_inc-a-5_1446639143219.jpg
 
 

Kenapa Jeragat Kerap Terjadi Kepada Wanita Berumur.

Tubuh manusia akan mula merosot tahap kesihatan apabila umur mula meningkat, paling terkesan ialah wanita yang pernah melahirkan anak dan telah mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh tersebut.

Jeragat adalah simptom awal menunjukkan tubuh wanita itu mula mengalami kemerosotan mineral-mineral penting di dalam tubuh sehingga menjejaskan kesihatan kulit seperti, kedutan pra-matang yang terjadi pada usia seawal 30an, jeragat, jerawat, kulit menjadi kusam, lingkaran hitam dibawah mata, muka kelihatan pucat, muka kelihatan berminyak, pori membesar ini adalah klu awal anda memerlukan biochemic.

Kosmetik seperti krim, minyak pati (essential oil), serum, laser dan pelbagai rawatan kosmetik dianggap sebagai jalan penyelesaian mudah tetapi 95% dari wanita yang mengguna kaedah kosmetik akan menyesal kerana biasanya muka akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Paling mengemparkan baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengistihar beberapa krim keluaran produk tempatan yang mempunyai kandungan mercury dan hydroquinone. Dua bahan ini sangat merbahaya kepada system tubuh dan paling terdedah kepada bahaya kesan sampingan mercury dan hydroquinone ialah hati dan buah pinggang.

Biochemic tidak menolak mentah-mentah penggunaan krim, serum dan minyak pati sekiranya produk-produk itu adalah dari bahan semulajadi tetapi biochemic amat-amat tidak menggalakkan kaedah laser atau krim pengelupasan. Laser dan krim pengelupasan akan menghakis lapisan kulit paling atas yang sangat penting untuk menjadi penapis sinaran UV.

Remedi Biochemic dan Flower Batch Remedy Untuk Jeragat, Paling Penting Selamat

Biochemic terdiri dari 12 jenis remedies seperti ;

· #1 – Cal flor

· #2 – Cal phos

· #3 – Cal sulph

· #4 – Ferrum phos

· #5 – Kali mur

· #6 – Kali phos

· #7 – Kali sulph

· #8 – Mag phos

· #9 – Nat mur

· #10 – Nat phos

· #11 – Nat sulph

· #12 – Silica

FVC-30 adalah gabungan mineral biochemic yang sangat selamat dan mempunyai beberapa remedi yang diproses menyerupai mineral atau garam tisu di dalam tubuh yang sangat-sangat diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Begitu juga Q-Spray yang mengandungi ekstrak tumbuhan hebat bagi mengawal emosi, hormon dan sistem perjalanan darah. Q-Spray adalah gabungan beberapa tumbuhan yang hebat dan mempunyai nilai perubatan yang telah diperakui diseluruh dunia.

Gandingan biochemic dan Flower Bach Remedy adalah gandingan hebat untuk mendapat kulit yang cantik, sihat dan menawan tanpa merisiko tubuh kepada kerosakkan organ penting seperti buah pinggang dan hati.

Homeopathy biochemic adalah konsep merawat seluruh tubuh pesakit, konsepnya biochemic akan merawat punca terjadinya jeragat.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Remedi yang Telah Terbukti Keberkesanannya

Biochemic adalah dari mineral yang terdapat dibumi dan beberapa remedy yang telah terbukti keberkesannya untuk diganding dengan FVC30 dan Q-Spray, seperti ;

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

· Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual

· Melasma Free bahan utamanya Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.

· Cal Sulph – Biochemic No.#3 yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.

· Kali Sulph adalah biochemic No. #7 yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.

· Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Remedi homeopathy semakin mendapat tempat dihati pengguna dengan kesan yang lembut, boleh dipercayai, tidak ada kesan sampingan dan tidak akan ketagih jika diambil di dalam tempoh yang lama.

This image has an empty alt attribute; its file name is masita-testimonial-222x300.jpg
 
 
This image has an empty alt attribute; its file name is 13417502_1057225750993504_3960467709257987002_n-1-285x300.png
 
 

99% Pengguna Tertipu Dengan Produk Merawat Jeragat

Secara teorinya hampir 99% pengguna sering tertipu dengan gimik dan testimoni produk-produk merawat jeragat dan paling ketara ialah produk yang sering digunakan untuk mencerahkan kulit dan di katakana mampu menghapus jeragat di dalam masa sepantas 7 hari.  Artikel ini tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan sesuatu produk tetapi sebagai satu info untuk pengguna supaya lebih bijak untuk memilih produk  kesihatan untuk merawat penyakit yang dideritainya.

Maaf jika tajuk ini keterlaluan tetapi itu adalah fakta yang di kaji oleh para ahli pemasaran di online atau pun offline,  kerana pengguna lebih gemar melihat gambar testimoni berbanding fakta perubatan. Produk-produk merawat jeragat sering kali bergandingan dengan produk pemutihan yang menjanjikan kulit anda akan menjadi cerah, gebu dan “flawless” di dalam masa yang singkat. Adakah anda sedar? proses untuk menghilangkan jeragat bukanlah kerja yang mudah kerana jeragat bukannya berada di atas lapisan kulit,  tetapi jeragat bermula dari proses yang lama dan komplek.

Bagaimana mungkin jeragat akan hilang di dalam masa 7 hari ( ada yang “claim” boleh hilang selepas 7 hari) jika proses terjadinya jeragat bermula sejak 10-15 tahun lampau? Pelik tetapi itulah dakwaan yang dibuat oleh pengeluar-pengeluar produk kecantikkan. Bukan tidak bagus jika kesannya pantas, tetapi kerap kali yang kesannya PANTAS akan mempunyai kesan sampingan.

Sebagai contoh terdapat produk-produk yang mengadungi inhibitor (menghalang atau memberhentikan proses) pengeluaran melanin.  Produk ini memang sangat pantas untuk menghilangkan jeragat kerana ia mengandungi inhibitor yang memberhentikan proses pengeluaran melanin yang berlebihan sehingga terjadinya jeragat. Ramai yang tidak tahu fungsi melanin kepada tubuh dan jika prosesnya pengeluarannya dihentikan dengan paksa padahnya akan mengakibatkan beberapa risiko terhadap 

  • Melanin menyediakan warna kulit
  • Melanin juga menentukan warna rambut
  • Melanin juga mempengaruhi mata hitam (di tengah mata)
  • Melanin juga berada di Stria vascularis di dalam kelopak mata
  • Melanin juga berada di kawasan otak
  • Melanin juga boleh mempengaruhi kelenjar adrenal

Apakah akan terjadi kepada anggota dan organ tubuh jika pengeluaran melanin dihentikan atau diperlahankan prosesnya? Kesan-kesan sampingan tidak akan terjadi di dalam masa terdekat tetapi mungkin selepas 1-2 tahun selepas itu.Proses memberhentikan atau menyekat atau memperlahankan proses semulajadi di dalam tubuh adalah sangat berisiko untuk menjadikan tubuh memberontak dan mengalami perubahan yang drastik.

Terdapat juga produk yang berasaskan soya untuk merawat jeragat dan mencerahkan kulit. Biasanya produk-produk dari US dan produk yang berkonsepkan “shake”. Pengeluar terbesar soya ialah US dan boleh dikatakan 90% produk US berasaskan soya, produk buatan Malaysia juga banyak diperbuat daripada soya kerana kosnya agak murah. Terdapat laporan bahawa soya adalah agen kepada kanser, tetapi kajian ini sering disangkal oleh pihak US untuk menyelamatkan industri tanaman soya US. Walaubagaimana pun kajian saintis telah mengesahkan pengambilan soya yang kerap dan banyak akan mengurangkan kehendak seksual dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang.

Sebagai pengguna yang bijak anda harus membuat kajian sebelum mengguna produk yang kadang-kadang “too good to be true”. Terdapat produk yang lebih selamat, boleh dipercayai, lembut dan menjadikan tubuh anda lebih harmoni. Selain mendapat nasihat doktor yang bertauliah anda disarankan mengguna produk yang natural tidak dipengaruhi unsur-unsur tambahan seperti inhibitor, sintetik dan dadah.

Produk-produk seperti 100% herba dan tumbuhan seperti konsep ayurvedic, homeopathy biochemic yang berkonsepkan “sama menyembuhkan yang sama”, di mana remedi-remedi homeopathy akan diproses dengan dos yang sangat rendah untuk merawat simptom yang sama seperti bahan asal tersebut cetuskan dan tanpa mengguna ubat tetapi mengguna teknik kuno seperti accupunture adalah lebih selamat dan risiko untuk mendapat kesan sampingan sangatlah rendah.

Homeopathy Biochemic Adalah Paling Selamat?

Mengapa homeopathy biochemic paling selamat? Jawapannya mudah kerana homeopathy biochemic bukan ubat dan bukanlah herba tetapi mengguna kaedah yang cukup selamat. Remedi tidak dipanggil ubat kerana homeopathy biochemic bukanlah ubat. Ia diproses mengguna kaedah sangat selamat di mana 1 bahan asalnya akan dicampur dengan 10,000, 100,000 dan 1,000,000 bahagian air. Sehingga steteskop di makmal tidak dapat mengesan bahan asal yang telah dicampur , makmal akan mengguna terma “ND” atau not detected jika tidak dapat mengesan bahan-bahan seperti racun, logam berat, steroid dan lain-lain.

Saban hari homeopathy biochemic semakin mendapat sambutan dikalangan pengguna yang telah mengetahui manfaat remedi homeopathy. Remedi homeopathy biochemic juga bebas dari bahan lemak haiwan dan status halalnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.

Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat.

Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.

Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.

Secara logiknya kes-kes jeragat ini yang melibatkan proses belasan tahun sebelum tercetusnya jeragat di muka memerlukan satu rawatan untuk menstabilkan sistem tubuh serta menguatkan sistem penyembuhan kendiri tubuh (auto healing system). Kaedah yang menghalang, membenamkan dan membuang jeragat lapisan atas sahaja seperti laser, krim pengelupasan dan pengelupasan secara kimia hanya membuang lapisan atas sahaja tetapi sumber yang mengeluarkan jeragat dari bawah lapisan kulit tidak dirawat dan distabilkan. Ini bermakna kaedah tersebut hanya boleh bertahan untuk sementara waktu sahaja. Ramai pengguna yang memilih kaedah homeopathy biochemic, setelah jeragat mereka menjadi semakin teruk selepas mengguna produk yang menjanjikan kesan pantas.

Oleh itu beberapa remedi homeopathy biochemic yang mendapat sambutan yang sangat hangat ialah Sepia 200, Melasma Free, Fragaria Vesca 30, Ashawaganda,Damiana Q,ArnicaKali Sulph, Cal Sulph dan Dandelion 30. Paling terbaru set seperti BJC-01 danBJC-02 juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana kosnya sangat ekonomi dan kesannya sangat efektif bukan hanya untuk jeragat tetapi untuk keseluruhan tubuh. Paling utama remedi-remedi homeopathy biochemic sangat selamat untuk ibu-ibu hamil dan ibu yang menyusu bayi.

Bagi mendapat konsultasi percuma dan remedy yang sesuai dengan jeragat anda sila wasap dengan tekan link ini http://biochemic.wasap.my

This image has an empty alt attribute; its file name is testimonial-jeragat-216x300.jpg
 
 
cara rawat jeragat dengan berkesan
 
 

Mengapa jeragat Sukar Untuk Dirawat?

Jeragat memang sukar dirawat kerana ianya terjadi oleh pelbagai sebab. Doktor pakar kulit sendiri pun pening kepala apabila merawat jeragat, dan sering gagal memberi keputusan yang diharapkan oleh pesakit walaupun kos rawatan seperti laser agak mahal. 

Pelbagai kaedah yang dikatakan amat berkesan, tetapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri kepada pesakit tersebut. Ramai yang mengadu selepas membuat rawatan laser, pengelupasan kulit (chemical peeling) dan lain-lain kaedah rawatan moden, hanya mampu bertahan 1-2 bulan atau lagi malang hanya selepas 2-3 hari sahaja, kulit muka mereka menjadi kehitaman lebih teruk dari sebelum membuat rawatan.

Mengapa rawatan moden hanya sementara?

Jeragat disebabkan melanocytes menjadi terlebih aktif. Melanocytes adalah sel yang menghasilkan melanin  yang akan mengeluarkan pigmentasi hitam yang dipanggil jeragat.

Walaubagaimana pun jeragat juga boleh berpunca dari wabak atau penyakit. Jeragat juga sering terjadi disebabkan oleh perubahan hormone terutama yang sering terjadi keada kaum wanita.

Jeragat berpunca dari dalam system tubuh selain dari factor luaran seperti kerap terdedah kepada sinaran matahari terik dan kulit muka dicemari lebihan sinaran UV. Oleh itu rawatan “menghapus” jeragat dari luar adalah tidak sesuai dan sering kali gagal untuk bertahan lama.

Seperti memadam api didalam sekam, jika air hanya disiram dibahagian atas sekam, tetapi bara api dibawah lapisan sekam masih menyala. Lama kelamaan api akan merebak ke atas permukaan sekam semula. Proses ini akan berulang-ulang jika tidak memilih kaedah pencegahan yang sesuai!.

Kaedah Perubatan Homeopathy Merawat Jeragat

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari system tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut secara terus. 

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri. 

Sebagai contoh Sepia atau Sepia 200 adalah remedy yang sangat membantu untuk permasalahan wanita seperti hormone yang tidak stabil, kitaran haid yang tidak menentu, melegakan symptom menopause seperti hot flashes dan menstabil hormone estrogen yang berkurangan. Sepia dianggap sebagai “women’s remedy”, dan setiap permasalahan wanita kerap kali Sepia akan dirujuk sebagai salah satu remedy utama.

Sepia 200 sangat berjaya jika masalah jeragat itu berpunca dari akar umbinya adalah hormon. Malah Sepia 200 juga mampu menurunkan berat badan, melegakan masalah jerawat (jika ada) dan mengempiskan perut!. 

Biochemic atau cell salt adalah mineral yang sangat penting didalam tubuh kita. Biochemic adalah menyerupai mineral yang ada didalam tubuh kita yang mengandungi phosphate, magnesium, ferrum dan lain-lain. 

Melasma Free adalah persediaan biochemic untuk merawat jerawat dan hormone yang bercelaru akibat kekurangan zat-zat mineral. Biochemic juga mampu membina sel-sel kulit baru untuk mengganti sel-sel kulit yang rosak akibat lebihan pengeluaran melanin sehingga terjadinya jeragat.

Selain dari itu biochemic adalah remedy yang akan merawat keseluruhan tubuh seperti melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang, menyihatkan rambut, mengawal metabolism dan kesihatan minda.

Walaupun jeragat sering terjadi di wajah, ianya berpunca dari dalam system tubuh yang bermasalah seperti yang diterangkan di atas. Oleh sebab itu rawatan homeopathy lebih tertumpu kepada remedy oral (hisap atau minum) yang berbentuk tablet manis atau cecair.

Terdapat beberapa remedy oral yang sangat berjaya dan mendapat sambutan ramai seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30. Malah set paling laris ialah set SMF atau SMFF. Set ini terdiri dari Sepia 200, Melasma Free iaitu didalam bentuk tablet manis dan Fragaria di dalam bentuk cecair untuk diminum. Set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF mempunyai 2 botol Fragaria Vesca.

Homeopathy tidak menolak penggunaan krim atau sabun secara total. Homeopathy beranggapan produk luaran seperti krim atau sabun akan membantu dari luaran. Krim seperti Carmino complexion cream (CCC)  dan sabun Carmino complexion soap (CCS). Paling terbaru krim dan sabun 100% herba Bio-T3 Whitening Series .

Mengapa Homeopathy?

Homeopathy adalah perubatan yang sangat selamat. Remedi-remedi homeopathy adalah dari bahan alam semulajadi yang disediakan dengan kaedah homeopathy tanpa menggunakan bahan kimia, dadah atau penggalak hormone tetapi mampu merawat masalah hormone tanpa kesan sampingan.

Remedi homeopathy bertindak secara lembut, selamat dan boleh dipercayai. 

Homeopathy telah berusia lebih 200 tahun bermula dari zaman sewaktu rawatan konvensional sendiri masih didalam proses mencari kaedah rawatan yang sesuai untuk pelbagai penyakit. Kaedah rawatan yang agak extreme seperti membedah pesakit secara sedar menjadikan pengasas homeopathy Dr Hahnemann yang juga seorang doctor pada masa itu tidak bersetuju dengan kaedah yang dikatakan agak keterlaluan. Maka beliau mula tercari-cari kaedah yang lebih selamat dan lembut.

Beliau mula mengkaji tumbuh-tumbuhan dan telah terjumpa kaedah “serupa akan menyembuhkan yang serupa”. Sebagai contoh mudah apabila kita memotong bawang, secara automatic mata dan hidung kita akan merembes cecair iaitu air mata dan hingus. Ini adalah menyerupai symptom selsema.

Hahnemann mengambil setitis air bawang ini dan mencampurkan dengan kuantiti air yang sangat banyak. 1 bawang : 100,000 air sebagai contoh dan memberi kepada pesakit yang mengalami selsema yang mana mata dan hidungnya berair. Kajian beliau telah Berjaya meredakan dan seterusnya menyembuhkan pesakit tersebut dari selsema. Hasil dari kejayaan tersebut beliau terus membuat ujikaji menggunakan konsep dos mikro atau dos yang sangat kecil ini untuk merawat pelbagai penyakit dengan jayanya.

Bagi mendapatkan nasihat percuma boleh wasap terus ke link ini —-> http://biochemic.wasap.my