Posted on

97% masalah jeragat disebabkan hormon tidak stabil

jeragat dan hormon

 

Jeragat dan Masalah Hormon

Jeragat atau melasma biasanya akan terjadi di muka dan tengkuk. Di kawasan di mana muka dan leher kerap kali terdedah kepada cahaya matahari . Pesakit yang mengalami jeragat atau melasma adalah 94% wanita dan hanya 6% lelaki. Dari nisbah ini kesimpulan yang dapat kita simpulkan ialah wanita lebih terdedah kepada masalah perubahan hormon berbanding lelaki.

Masalah jeragat ialah isu kesihatan global yang akan melibatkan semua bangsa. Wanita yang berkulit agak gelap akan terjadi berkemungkinan 50-70% akan terjadi melasma sewaktu mengandung. Mujurlah kebanyakkan kes melasma sewaktu mengandung akan hilang selepas bersalin.

Walaubagaimana pun lingakaran itu masih kekal tetapi tidak menonjol seketika. Secara amnya menunjukkan proses ini adalah berkaitan ketidakstabilan hormon yang akan mencetus jeragat pada ketika terjadinya proses hormon mula mengalami gangguan. Anda tidak akan berupaya untuk menghilangkan jeragat dengan mengguna krim ajaib atau losyen ajaib atau rawatan laser yang beribu-ribu ringgit yang dibuat oleh pakar-pakar kulit ternama. Penyembuhan sebenar ialah melalui kaedah holistik seperti diet pemakanan seimbang, gaya hidup yang sihat dan mengawal hormon agar stabil.

Yang paling penting anda perlu memahami konsep ini,  untuk “cure” jeragat secara total anda memerlukan rawatan dalam, kerana anda tidak mungkin akan “cure” dengan hanya rawatan luaran sahaja.

Homeopathy ialah perubatan yang akan memfokus kepada rawatan yang akan melibatkan keseluruhan tubuh. Oleh itu perubatan homeopathy sangat berjaya merawat kes-kes jeragat atau melasma. Ini ialah kerana homeopathy bersifat holistik. Homeopathy merawat pesakit tetapi bukan merawat penyakit semata=mata. Sebagai contoh perubatan homeopathy mempunyai lebih dari 10 remedi untuk pelbagai masalah jeragat, bentuk atau paten jeragat, karekter pesakit juga di ambil kira seperti tingkah laku dan emosi seseorang itu. Homeopathy mementingkan rawatan yang melibatkan emosi, ini ialah kerana emosi adalah faktor utama kepada perubahan hormon seseorang terutama wanita yang sangat sensitif jika melibatkan emosi. Kerap kali jeragat yang terjadi setelah mengalami gangguan emosi seperti keresahan, kemurungan atau depresi yang berpanjangan.

Memahami masalah kesihatan adalah jalan terbaik untuk “cure”. Secara asasnya jeragat atau melasma ialah

“ Perkara asas terjadinya jeragat ialah masalah ketidakstabilan hormon (hormone imbalance)”

“Pengambilan pil perancang dan pil rawatan hormon (HRT) adalah penyumbang utama kepada jeragat atau melasma”

Mengamal cara hidup sihat juga amat digalakkan seperti;

“Sentiasa bersenam”

“Habit buruk seperti merokok dan meminum alcohol perlu dihentikan”

 

“Mengambil suplemen yang bebas dari bahan kimia dan dadah”

“Berpuasa adalah amalan kesihatan yang baik untuk sistem tubuh”

Wanita yang pernah mengandung akan lebih berisiko kerana sewaktu mengandung hormon estradiol, estone, estriol dan progesterone akan meningkat secara mendadak. Tapi estriol dan progesterone bukan penyebab melasma tetapi pengambilan pil-pil sintetik akan menyebabkan melasma atau jeragat terjadi. Walaubagaimana pun doktor-doktor akan mengatakan bahawa progestin bertoksik yang menyebabkan melasma terjadi.

Masalah thyroid (thyroid disorder) juga akan mengakibatkan terjadinya jeragat. Kadar bacaan thyroid ada sepatutnya berada pada sekitar pertengahan. Sebagai contoh jika T3 dan T4 pada  bacaan 2.0 – 4.4 ini bermakna bacaan pertengahan (midrange) ialah 3.2. Kebanyakkan doktor terlepas pandang perkara ini.

Dua pertiga dari pesakit yang mengalami polycystic ovaries (PCOS) akan terjadi jeragat. Ini ialah kerana pesakit PCOS akan mengalami DHEA (Dehydroepiandrosterone) dan testosterone yang tinggi seperti mempunyai seakan-akan misai dimuka (hirstutism) dan kadang-kadang tidak dapat menerima kuantiti insulin yang secukupnya. Paras DHEA dan testosterone boleh dikurangkan dengan pengambilan remedi homeopathy yang sesuai dan diet yang betul, gaya hidup sihat dan mengimbang hormon-hormon lain di dalam masa yang sama.

Diet Yang Membantu Untuk Kurangkan Melasma

Mengekalkan pemakanan sihat dan seimbang bukanlah bermaksud melakukan diet sehingga anda “kebuluran”. Anda seharusnya mengambil pemakanan yang mempunyai tinggi nutrientnya tetapi rendah lemak tepu, garam dan penambah perisa.

Anda boleh mencuba lima kumpulan makanan ini

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Susu dan produk berkaitan susu
  • Roti, nasi, kentang dan pasta
  • Daging, ikan, telur dan kekacang
  • Makanan yang mempunyai lemak dan gula.

Untuk mengekalkan keseimbangan diet anda, anda speatutnya mengambil 33% buah-buahan dan sayur-sayuran, 33% roti, nasi, kentang dan pasta, 17% daging, ikan, telur dan kekacang, 17% susu dan produk berkaitan susu dan 8% makanan yang berlemak dan manis.

Diet yang sihat dan berkhasiat dapat membantu menstabilkan hormon-hormon yang mengalami ketidakseimbangan disamping mengambil suplemen homeopathy.

 

 

Tips diet : Brokoli adalah sayur hijau yang mempunyai kadungan folik asid yang tinggi. Ianya folik asid semulajadi yang sangat-sangat diperlukan tubuh untuk mendapat bekalan folik asid berbanding folik asid sintetik (yang dijual di pharmasi).

Menambah brokoli didalam menu diet anda akan membantu mengurangkan jeragat, selain Sepia 200, Melasma Free, Fragaria ataupun remedi set 5RH.

Cara : Bakar atau rebus brokoli separuh masak dan makan sebagai ulam atau diratah begitu sahaja.

Biochemic atau Garam Tisu Untuk Jeragat

Sepia 200 dan Melasma Free adalah biochemic atau garam tisu, tetapi terdapat 3 biochemic lagi yang dapat membantu menghapuskan jeragat. Sepia secara spesifik untuk merawat maslah ketidakstabilan hormon diakibatkan oleh hormon estrogen terlalu banyak (dominance). Ini disebabkan oleh pengambilan pil perancang atau pil kesuburan.

3 jenis remedi biochemic untuk merawat jeragat ialah;

  • Cal Sulph – untuk membantu sistem penghadaman dan hati
  • Kali Sulph – mengawal lebihan pengeluaran melanin akibat perubahan hormon seperti terjadi melasma dan juga membantu memberi lebih bantuan kepada hati utk membuang toksin.
  • Nat Sulph – juga bertindak membantu hati, selain dari merawat melasma Nat Sulph juga sangat berkesan untuk menurunkan berat badan

Homeopathy dan biochemic sememangnya sangat popular di Eropah dan US oleh kerana kesedaran pengguna mengenai konsep perubatan homeopathy yang sangat selamat dan tanpa kesan sampingan.

Tidak rugi mencuba tetapi rugi kalau tidak mencubanya.

Konsultasi jeragat secara percuma secara online mengikut kaedah biochemic dan homeopathy boleh wasap ke no 0123400557

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *