Posted on Leave a comment

Jeragat Seolah-Olah Misai

moustache

 

Jeragat Seolah-Olah Misai

Sesekali kita akan terjumpa seorang wanita yang mempunyai seakan-akan misai di atas bibirnya, walaupun cuba ditutup dengan bedak dan alat solek kesan kehitaman di atas bibir tetap akan kelihatan. Jeragat adalah asymptomatic (tidak ada sebarang gejala awal), secara tiba-tiba jeragat akan “pop up” seperti iklan di internet. Sebab-sebab yang paling biasa ialah kehamilan dan pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan (sunburn).

Kajian saintifik telah membuat indikasi bahawa wanita yang mempunyai misai adalah simptom biasa polycystic syndrome, di mana wanita tersebut mempunyai lebihan hormon lelaki yang akan menjadikan wanita tersebut akan mengalami pertumbuhan rerambut di muka, belakang, perut dan dada.

Jeragat kerap kali akan muncul semasa mengandung, apabila paras hormon akan meningkatkan pengeluaran melanin yang terdiri dari pigmen yang menghitamkan kulit. Istilah seperti Chloasma atau Melasma yang berwarna kecoklatan atau kehitaman yang akan timbul di bibir atau kawasan “T” dahi, hidung dan pipi.

Selain mengandung, wanita yang paling mudah untuk jeragat timbul dimuka ialah;

  • Wanita yang mengamalkan pil perancang
  • Mengambil pil penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopos.
  • Aktif bersukan
  • Karier yang memerlukan berada di bawah panas matahari.

Homeopathy mempunyai beberapa remedi yang telah digunakan sejak turun temurun yang membantu mengawal masalah hormon sebelum ubat-ubatan moden dicipta lagi. Hasil dari catitan journal perubatan homeopathy sekiranya jeragat yang berkaitan hormon beberapa remedi dicadangakan seperti Damiana Q dan Ashwaganda Q yang diekstrak terus dari tumbuhan tersebut. Terdapat beberapa “potentized remedies” atau remedi yang dipotensi secara penyediaan homeopathy yang mengamal kaedah dos yang sangat halus atau “nano” (tanpa warna seperti remedi Q). Sepia 200 Drop, Melasma Free Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca adalah antara remedi utama kepada masalah jeragat.

Kerap kali gabungan (kombinasi) 2 atau 3 remedi seperti di atas akan memberi kesan yang lebih optimal. Fragaria vesca adalah kombinasi yang sangat-sangat dicadangkan untuk diambil bersama-sama lain-lain remedi seperti Sepia 200, Ashwagandha Q, Damiana Q, Arnica 30 dan Melasma Free.

Sebagai contoh;

  • Sepia 200dan Fragaria Vesca 30 yang sangat-sangat membantu untuk masalah jeragat berkaitan hormon. Kerap kali digabungkan dengan Melasma Free atau Arnica sekiranya wanita itu kerap bersalin, pernah dibedah, pernah mengalami jeragat sewaktu mengandung dan masalah darah tinggi atau kencing manis.
  • Damiana Q dan Fragaria Vesca 30 adalah gabungan hebatbagi wanita yang berumur lebih 35 tahun. Sekiranya ingin menambah kesan yang positif digabungkan dengan remedi Arnica 30 atau Ashwaganda Q

Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi remedi yang paling sesuai. Hantar kode JERAGAT ke 0123400557 untuk khidmat rundingcara percuma remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda